SEJARAH SEKOLAH

LATAR BELAKANG:

Sekolah Kebangsaan Ladang Huntly terletak 25km dari Pekan Ayer Tawar dan 12km dari Pekan Pantai Remis. Kedudukannya agak ajauh dari jalan raya utama iaitu kira-kira 5km dan dihubingi oleh jalan mini tar (jalan ladang) dan dari jalan raya utama (Ayer Tawar - Pantai Remis).

Penempatan pelajar-pelajarnya dari kampung-kampung berhampiran iaitu Kampung 40 rantai, Kampung Lubuk Pusing, Kampung Beting Luas, Kampung Gunung Tunggal, Changkat Keruing, Ladang Huntly dan Ladang Sogomana.

SEJARAH

1. Sekolah ini mula diasaskan pada tahun 1950 oleh;
    1.1 Encik Ghani bin Lazim (Ketua Kampung Changkat Keruing)
    1.2 Tuan Bill (Pengurus Ladang Huntly) yang telah bermurah hati membiayai perbelanjaan untuk
          mendirikan bangunan sekolah.
    1.3 Tuan Boey (Pengurus Ladang Sogomana) yang menyediakan tapak sekolah kira-kira 4 ekar
          untuk didirikan bangunan sekolah.
   1.4 Tengku Maha Kurnia (Orang Besar Jajahan Dinding / Manjung )
   1.5 Encik Binu Hashim bin Ngah
   1.6 Encik Abu Tara bin Enting dan lain-lain

      Sekolah yang mula-mula didirikan berbentuk sebuah bangsal kayu yang beratap nipah dan
      berdinding separuh papan. Ianya dimulakan pada 01.05.1950 dengan jumlah murid seramai 89
      orang murid dan 2 orang guru iaitu seorang guru besar dan seorang guru penolong. Guru Besar
      pertama ialah Encik Johari bin Md Saman (01.05.1950 - 05.02.1952)

2.  Pada Disember 1962, bangunan baru telah didirikan dan diubahsuai bangunan. Bangunan yang
     beratap zink dan berdinding papan lengkap dengan pintu dan tingkap.

3.  Pada Disember 1966, Kerajaan Malaysia telah membina sebuah bangunan batu yang
     mengandungi 2 bilik darjah bagi menggantikan bangunan lama.

4.  Pada November 1968, kerajaan telah membina bangunan tambahan iaitu bangunan yang
     berdinding separuh kayu/papan dan beratapkan asbestos yang mengandungi 2 bilik darjah.

5.  Pada Jun 1983, bersesuaian dengan perkembangan semasa sebuah bangunan 2 tingkat
     mengandungi 8 bilik darjah, pusat sumber, Bilik Guru, Pejabat, Setor, Kantin dan tandas (murid dan
     guru) menjadikan sekolah ini mempunyai 3 blok, sebuah kantin dan sebuah padang permainan.
     Ianya dilengkapi dengan air paip dan enjin generator sebagai sumber tenaga elektrik.

6.  Pada Mei 1991, bekalan tenaga elektrik telah dibekalkan oleh TNB.

7.  Pada 01.02.1992, bilangan murid bertambah kepada 155 orang dan diiktiraf sebagai sekolah biasa
    (gred B) dan ia bertambah sehingga 30.11.1993. Mulai 02.12.1993 ia kembali kepada sekolah
    kurang murid (SKM) kerana murid merosot kepada 129 orang sahaja.

8.  Sehingga kini seramai 22 orang guru besar telah bertukar ganti untuk mentadbir.

9.  Pada tahun 1997, sekolah telah mendapat seorang Pembantu Am Rendah (PAR) dan pada tahun
    1998 sekolah telah mendapat seorang Pembantu Tadbir Rendah (PTR).

10. Pada Januari 2003, Kelas Pra Sekolah telah diwujudkan. Seramai 25 orang murid belajar dibilik  
      yang dinaik taraf dan sesuai dengan kelas Pra Sekolah. Diajar oleh seorang guru dan dibantu oleh
      seorang pengasuh sambilan.

11. Tahun 2003 juga sebuah bangunan makmal komputer telah dibina dan digunakan pada tahun
      2004 dengan pelbagai kemudahan. Seterusnya pada 15.05.2005, sebuah pondok pengawal
      keselamatan telah dibina manakal dataran sekolah telah diturap pada Sepetember 2005
      (Peruntukan PPD Manjung).

12.  Pada penghujung tahun 2008, sebuah surau baharu telah dibuna di tapak kantin lama.

LATAR BELAKANG NAMA SEKOLAH

Sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Ladang Huntly kerana ianya terletak di kawasan Ladang Huntly dan sebagai mengenang jasa pengurus Ladang Huntly yang telah bermurah hati menanggung pembiayaan mendirikan bangunan sekolah pertama dahulu.

No comments:

Post a Comment