Friday, February 20, 2015

Persekolahan 2015

Sesi persekolahan bagi tahun 2015 berjalan dengan baik selepas ditunda tarikh permulaan sesi persekolahan dari 5 Januari ke tarikh 12 Januari 2015. Pada sesi persekolahan tahun ini diserikan lagi dengan kehadiran guru besar yang baru iaitu En. Shahril bin Othman dari SK Maran, Pahang. Beliau yang merupakan anak jati Perak, berasal dari Kg. Kota, Beruas.
  Semoga tahun 2015 akan memberi sinar kecemerlangan dalam semua aspek termasuk kemenjadian murid.