Saturday, February 21, 2015

Dialog Kecemerlangan UPSR 2015

Dialog Kecemerlangan UPSR Kali pertama telah diadakan di antara pihak sekolah, ibu bapa calon UPSR serta semua calon UPSR 2015 telah diadakan pada;

Tarikh : 13 Februari 2015
Tempat : Bilik Komputer SK Ladang Huntly

Agenda :
1. Kata aluan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar
3. Pembentangan Prestasi Murid
4. Dialog
5. Ikrar Calon UPSR

Nota: Kehadiran ibu bapa menggalakkan dan menunjukkkan komitmen yang tinggi untuk bekerjasama meningkatkkan pencapaian UPSR bagi tahun 2015.

Friday, February 20, 2015

Persekolahan 2015

Sesi persekolahan bagi tahun 2015 berjalan dengan baik selepas ditunda tarikh permulaan sesi persekolahan dari 5 Januari ke tarikh 12 Januari 2015. Pada sesi persekolahan tahun ini diserikan lagi dengan kehadiran guru besar yang baru iaitu En. Shahril bin Othman dari SK Maran, Pahang. Beliau yang merupakan anak jati Perak, berasal dari Kg. Kota, Beruas.
  Semoga tahun 2015 akan memberi sinar kecemerlangan dalam semua aspek termasuk kemenjadian murid.